Monday 27 February 2012

Dia Atau Diriku .

This is my first cerpen . I do really put an effort to finished this . Do read this and I know maybe there is too much mistakes  :)


Awak, saya akan balik Malaysia dalam masa terdekat ni . Ayah baru beritahu tadi . I just can’t wait to see you my sweetheart . Love , Haikal .
                                                                                       
Haikal membuka komputer ribanya dan menghantar emel tersebut kepada Puteri dan menutupnya semula kerana dia ada perkara yang perlu diselesaikan tapi dia sudah tidak sabar untuk menyampaikan berita itu . Selepas 2 jam , puteri membalas emel tersebut .

Awak nak balik Malaysia ? Betul ke ? Awak jangan main-main .

Haikal rakan sepermainannya semasa kecil itu kini menetap di Australia setelah bapanya yang bekerja di kedutaan ditugaskan untuk bekerja disana . Mereka berjiran semasa kecil dahulu . Hubungan Haikal , Puteri dan seorang lagi rakan baik mereka Sofea terjalin sejak mereka berusia 5 tahun lagi . Semasa mereka tahun pertama melangkah ke sekolah menengah , Haikal memberitahu bahawa dia perlu berpindah ke Australia . Hubungan Haikal dan Sofea lebih akrab berbanding hubungannya dengan Puteri . Mungkin kerana rupa paras Sofea yang lebih menawan itu membuatkan Haikal lebih tertarik padanya sedangkan Puteri tidaklah seindah namanya kerana dia mempunyai rupa paras yang agak sederhana dengan kulit yang hitam manis  .
Sebelum Haikal meninggalkan tanah air dia sempat memberikan alamat emelnya kepada Sofea dengan harapan jarak tidak akan pernah dapat memisahkan mereka . Haikal sangat berharap agar dia dan Sofea masih boleh mengekalkan hubungan akrab mereka ini .

  “ Ni alamat emel saya , nanti kalau awak lapang jangan lupa emel saya tau , saya mesti rindu dekat awak nanti . “ ucap Haikal lembut kepada Sofea semasa mereka menghantarnya di Lapangan Terbang KLIA . “Oh , nanti kalau saya rajin saya emel “jawab Sofea ringkas .

Puteri yang dari tadi berdiri disisi Sofea hanya melihat gelagat mereka berdua . Kadang kala ada juga perasaan sedikit berkecil hati dengan perangai Haikal yang tidak mempedulikannya dan hanya memberikan perhatian kepada Sofea seorang sedangkan dia juga berkawan dengan Haikal sejak mereka masih lagi hingusan . Pemergian Haikal ke kota yang terkenal dengan kangaroo itu terasa sebak di dada Puteri kerana Haikal merupakan satu – satunya kawan lelaki baginya . Dia tidak seperti Sofea yang mempunyai ramai kawan lelaki di sekolah .

  “Nah la kau simpan lah alamat emel dia ni , aku malas lah nak simpan dan aku rasa aku tak ada masa pun nak emel dia nanti “ , beritahu Sofea kepada Puteri sambil menghuklurkan kertas yang tertulis alamat emel Haikal . “ Kenapa pula kau bagi aku ? Haikal kan bagi kau tadi , dia suruh kau emel dia kan nanti “ , ucap Puteri . “ Aku malaslah , kalau kau nak sangat kau sahaja lah yang emel dia “gumam Sofea. “Mana boleh ! dia kan nak kau yang emel dia bukan aku .”jawab Puteri . “ Kau menyamar je lah cakap kau tu aku , kan senang .” Sofea memberi jawapan selamba.

 Perbualan mereka itu terhenti dengan sebarang kata - kata yang disambung oleh Puteri kerana dia malas ingin bertengkar dengan kawannya yang seorang ini . Gadis ini memang keras kepala kalau bercakap tak pernah hendak mengalah . Sejak daripada peristiwa itu , Puteri  mengambil kesempatan itu dengan menghantar emel kepada Haikal tetapi dengan menyamar sebagai Sofea tetapi Puteri tidak merahsiakan hal ini daripada pengetahuan Sofea malah dia sering bercerita tentang perkembangan Haikal di sana . Kini , sudah 10 tahun mereka berpisah dan hanya kiriman kiriman emel menjadi penghubung antara mereka . Hubungan yang terjalin antara Puteri dan Haikal begitu rapat sekali dan selama itulah Haikal mempercayai sebenarnya dia sedang berhubung dengan Sofea dan bukanlah Puteri .

Awak tahu tak Sofea walaupun dah berapa tahun kita tak jumpa tapi saya tetap setia pada awak ,   saya tak pernah lupakan awak. Saya bahagia awak sentiasa dengan saya walaupun saya jauh dari awak . Saya harap awak setia mcm mana saya setia pada awak .

Haikal menghantar kiriman emel kepada Puteri dengan kata – kata yang cukup indah sekali . Puteri turut setia membalas setiap emel – emel Haikal .

Saya tak pernah lupakan awak walaupun sesaat , awak sentiasa dalam hati saya , Haikal . Awak rasa kalau kita jumpa bila awak balik nanti awak kenal saya tak ? Awak cam tak muka saya ?
                                                                                                                                                                                 
Walaupun kita jauh dan saya tak nampak wajah awak yang semestinya lebih manis dari dulu , wajah awak sentiasa dalam hati saya . Sentiasa . Pejam mata pun saya boleh tahu kenal awak sebab hati kita selalu dekat .


Mereka saling membalas emel setelah Haikal menyampaikan berita gembira kepada Puteri yang dianggapnya sebagai Sofea bahawa dia akan pulang ke tanah air . Berita tersebut disampaikan oleh Puteri kepada Sofea agar lakonan yang selama ini dimainkan oleh Puteri tidak akan terbongkar semasa Haikal pulang ke Malaysia . Puteri berharap agar Sofea tidak membongkar rahsia ini dan berlagak seperti dialah yang menghantar semua emel - emel tersebut kerana Puteri tidak sanggup untuk melihat kekecewaan Haikal jika mengetahui bahawa selama 10 tahun dia telah ditipu kerana segala cerita tentang dirinya , perkembangan dirinya disana diberitahu kepada gadis pujaannya yang dianggap Sofea sedangkan Sofea asyik dengan dunianya dan dia sering bertukar-tukar teman lelaki tetapi Puteri yang hanya setia pada Haikal sentiasa cuba meluangkan masa remajanya kepada lelaki itu agar lelaki itu tidak merasakan dirinya ditinggalkan oleh gadis di tanah kelahirannya yang sentiasa dirindui .

Puteri tahu perkara ini hanya akan melukan hatinya kerana dia perlu menerima kenyataan bahawa lelaki yang bernama Haikal hanya cintakan gadis yang bernama Sofea dan bukan dirinya. Tidak perlu dikesalinya lagi kerana perkara ini berpunca daripada dirinya sendiri yang berlakon kononnya menjadi heroin dalam hidup Haikal menjadi insan yang tidak pernah jemu mendengar segala masalah dan keluhan lelaki itu dan dia jugalah yang sentiasa memberi kata kata semangat kepada lelaki itu apabila Haikal ditimpa masalah .

  “Hari ini Haikal sampai Malaysia , keluarga dia mungkin akan datang sini dan ziarah keluarga kita berdua. “ terang Puteri kepada Sofea . “Dia datang nak ziarah keluarga kita ke nak jenguk aku ? “ selamba perkataan itu keluar dari mulut Sofea . Kau masih berhubung dengan dia guna nama aku ke Puteri ? Kau tak takut nanti dia datang sini , dia cari aku bukan kau ? Kalau dia handsome aku sambar dulu tau . Kau jangan pula nak cemburu masa tu tapi kalau muka dia ala kadar je kau ambil lah aku bagi free , tak ingin aku nak berebut dengan kau “ kata  Sofea dengan nada yang angkuh sekali .

  “ Dia mestilah datang nanti nak jumpa kau . Maklumlah aku layan dia baik sangat kan , sampai nanti mesti dia asyik puji kau je . Tak percaya kau tengoklah nanti . Aku tak payah nak berebut dengan kau sebab kalau dia handsome atau tak dia tetap nak dekat kau walaupun kau bagi aku free , dia tetap tak nak aku “ jawab Puteri dengan nada hambar .

Petang itu dalam pukul 12.30 tengah hari , keluarga Haikal sudah pun sampai di hadapan rumah Sofea . Keluarga Puteri sudahpun berkumpul di rumah Sofea awal lagi setelah mengetahui berita kepulangan Haikal sekeluarga . Puteri tidak keruan dengan situasi ini dan dia berasa tidak sedap hati . “ Adakah bakal terjadi sesuatu yang tak aku harapkan ? Adakah Haikal akan mengecam aku sepertimana dia beritahu aku melalui emel-emel dia ? Katanya hati kami tetap dekat walaupun dia tak nampak wajahku “ hati Puteri mula berbicara .

Setelah 10 tahun merindui wajah itu akhirnya lelaki itu memasuki ruang tamu yang luas milik keluarga Sofea . Puteri dan Sofea berada di penjuru ruang tamu itu dengan perasaan yang tidak sabar .

   “Ya Allah , betulkah yang aku lihat ini ? “ hati kecil Puteri berbicara . “Indah sungguh Allah menciptakan wajah lelaki ini , wajah yang sering ku rindu , wajah yang sering ingin ku mimpi dalam lenaku .”

  “Hoi kau ni kenapa ternganga ? Handsome kan lelaki tu ? Itu ke Haikal ? Kau tahu tak rupa dia macam mana ? Aku punya tau , aku punya , aku booked dulu . “ pantas Sofea mengeluarkan sebutir sebutir perkataan dari mulutnya.

  “Walau aku tak tahu betul ke yang dihadapanku ini Haikal atau orang lain tetapi hatiku mengatakan yang ini memang Haikal . Seperti bait bait kata emelnya walaupun jauh dia tetap dekat di hati aku dan aku dapat merasakan yang dia lah lelaki yang selama ini aku curahkan seluruh kasih sayang ku padanya . “

Lelaki itu mendekati Puteri dan Sofea . Langkah lelaki itu tersusun rapi . Susuk tubuhnya yang tegap dan wajahnya yang manis dengan memakai seluar jeans dan berkemeja putih begitu menyerlahkan ketampanannya yang sekaligus mampu mencairkan hati beribu gadis yang memandangnya . Tidak pernah Puteri menyangka dia sebenarnya menguntum sayang bersama lelaki sehebat ini .

Haikal sudah begitu hampir dengan mereka . Haikal yang datang terus melintasi Puteri dan terus kearah Sofea .
  “Awak Sofea ?”  teka Haikal dan terus menghulurkan tangan tanda ingin berjabat tangan dengan Sofea . Ya pilihan yang tepat kerana dia memang memilih Sofea dan bukan  Puteri seperti yang dikatakan pada kiriman emelnya . Sewaktu itu hanya Allah sahaja yang memahami perasaan Puteri , mengapa Haikal tidak memilih untuk menyangka bahawa dialah Sofea ? Ya mungkin rupa paras masih dijadikan kayu pengukur dalam menilai sebuah perhubungan . Mengapa bukan keikhlasan ?

  “Kenapa kau tak pandang aku langsung Haikal ? Kenapa ? Sebab mata kau dah dikaburi dengan keindahan yang Allah berikan di wajah Sofea ? Kenapa aku bodoh mengharap agar kau datang dan menegur aku terlebih dahulu ? Mengapa aku percaya dengan kata-kata kau pada kiriman-kiriman kau ? Mungkin cinta yang selama ini indah antara kita tidak lagi indah dimata aku apabila begitu senang kau membuang aku sebegini . “ getus hati Puteri .
“Ya saya Sofea . Oh ni ke mamat dari Australia ni ? Tak bawa koala balik sini ke ? “ gurau Sofea sambil mengukir senyuman yang cukup manis dan pastinya dengan niat ingin memikat hati si teruna .
  “Oh awak tak cakap pun awak nak koala , kalau awak beritahu saya melalui emel mungkin dah ada seekor koala dengan saya harini . “ “Anything for you sayang” bisik Haikal di telinga Sofea . Puteri yang dari tadi hanya memerhatikan tingkah laku mereka berdua . Betapa sakitnya perasaan ini hanya Allah yang mengerti .

  “Ha , ini mesti Puteri kan ? Kau dah comel sikit lah dari dulu . Dulu kelakar je kau kan. “ kata Haikal yang menyedari mata Puteri yang sentiasa memerhatikannya .

  “Oh aku ni dari dulu sampai sekarang pun kelakar dekat mata kau kan ? Nak buat mcm mana , kalau orang lawa semua orang suka , kalau buruk semua pun tak nampak kan ? “ Puteri membalas kata-kata Haikal dengan ayat yang begitu tajam dengan harapan lelaki itu terasa tapi malangnya lelaki itu hanya tersenyum kelat .Sebenarnya air mata Puteri sudah hendak membanjiri kediaman Sofea itu dengan perilaku yang ditunjukkan oleh Haikal tetapi dia tahu tiada guna menangisi seseorang yang tidak bermakna lagi dalam hidupnya walaupun jauh di sudut hati bagai ada sembilu yang menghiris-hiris setiap lapisan hatinya . Tiada siapa yang akan mengerti perasaan ini .

  “Ya Allah hanya padamu ku berserah , jika benar dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuaanMu “ sempat Puteri berdoa semasa dia melangkah meninggalkan mereka yang masih diruang tamu . Dia melangkah ke dapur untuk menyediakan minuman kepada tetamu . Rumah Sofea memang sudah menjadi rumah kedua bagi dirinya .

  “Rajin sungguh anak dara kamu ni , Hashim . Dah besar anak dara kamu ni ya ? Kalau kahwin dah berapa orang anak agaknya . “ gurau bapa Haikal yang lebih selesa dipanggil dengan panggilan Pak Man sambil melihat Puteri menuang air kopi yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi selepas matanya sakit melihat drama swasta antara Haikal dan Sofea .Haikal dan Sofea masih asyik bersembang tanpa mempedulikannya yang turut berada disitu .

  “Kalau diikutkan hati aku ni , aku nak balik rumah je sekarang ni . Aku nak masuk dalam bilik air pasang air lepastu nak menjerit sekuat hati dalam bilik air tu . Duduk dekat sini rasa macam nak termuntah dengan gelagat si Sofea ni yang daripada tadi asyik tergedik sana sini dengan si Haikal tu . Mata aku ni macam nak tumbuh ketumbit dah ni , telinga pula macam dah nak bernanah tengok diorang ni “ Puteri asyik berbicara dengan dirinya sendiri .

  “ Puteri , Haikal ajak kita keluar hari ini pergi temankan dia jalan – jalan pusing Kuala Lumpur . Ya lah mamat seorang ni dah macam mat salleh duduk sana mana tahu jalan dekat Malaysia ni lagi . Jom lah . “tanya Sofea kepada Puteri .

  “Aku malaslah , kau boleh pergi dengan dia dua orang kan ? Aku tak ada mood nak keluar berjalan harini . “ jawab Puteri ringkas walaupun sebenarnya sukar untuk dia melepaskan mereka berdua keluar bersama tanpa adanya disisi . Mungkin mereka akan lagak seperti burung merpati yang asyik memadu kasih dan hal ini hanya akan membuatkan jiwanya lebih terseksa .

Semasa Sofea cuba untuk memujuk Puteri untuk keluar bersamanya menemani Haikal , lelaki itu tiba – tiba muncul entah dari mana . “Ha , mengumpat orang la tu “ terjah Haikal sambil menepuk lembut bahu Sofea .  “Mana ada lah , saya tengah pujuk Puteri ni supaya dia boleh temankan saya dengan awak jalan – jalan dekat Kuala Lumpur . Entah kenapa tiba – tiba dia cakap dia tak ada mood pula. Cuba awak pula pujuk dia , mana tahu awak pujuk dia nak pergi ke ? “ terang Sofea kepada Haikal .  “Ala , jom lah Puteri kita kan dah lama tak keluar sama – sama macam masa kita kecil – kecil dulu . Dulu kita selalu main guli sama – sama kan ? Tak rindu ke ? “ lancar setiap butir perkataan itu keluar dari mulut lelaki itu .
  
“Gila kau aku tak rindu kau Haikal . Kalaulah kau tahu sebenarnya dalam dunia ni , orang yang paling aku rindu adalah kau . Kau ingat aku suka – suka nak tak ada mood macam sekarang ni ? Disebabkan kau , hidup aku tiba – tiba terasa seperti tidak bermakna lagi . Kau juga punca tiba – tiba aku rasa diri ini bakal menghadapi hari – hari yang mendatang dengan gelap tanpa cahaya cinta yang kau pernah kau beri dulu . “ perkataan itu hendak sahaja dilontarkan kepada Haikal tapi apakan daya Puteri hanya mampu menyimpan perasaannya itu .

  “Aku bukan tak nak pergi , tapi . . . “ belum sempat Puteri menghabiskan kata – katanya jari telunjuk Haikal sudah berada tepat di bibir Puteri menunjukkan isyarat supaya dia tidak perlu meneruskan kata – katanya . Puteri tersentak dengan perilaku yang ditunjukkan oleh Haikal malahan sentuhan itu bagaikan membuatkan dirinya berada dia awang awangan ketika itu . Haikal mengalihkan jarinya dan memandang ke arah Sofea yang dari tadi hanya memerhatikannya . Haikal sempat menguntum senyum ke arah Sofea dan mengenyitkan matanya memberi isyarat yang Puteri bakal terperangkap dengan perbuatannya tadi. “Tak payah cakap banyak Puteri , ikut aje lah. “ beritahu Haikal . “Hmm baiklah aku ikut , ni pun sebab dah kene paksa je ni. “ lantas Puteri memberi jawapan yang ringkas . Malas sudah dia hendak berkeras kepala walaupun sebenarnya alasan paling kukuh dia menukar fikiran kerana sudah tersentuh dengan perbuatan Haikal sebentar tadi.

Semasa perjalanan ke Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Shah Alam ini , Puteri hanya diam di tempat duduk belakang manakala Haikal dan Sofea asyik bersembang sedangkan Sofea yang memerlukan sepenuh perhatian dalam pemanduan itu pun diminta oleh Haikal melayan segala cerita – ceritanya  walhal Puteri yang hanya duduk tidak berbuat apa – apa ini tidak pula Haikal ajak bercerita . Padahal tanpa dia sedari sebenarnya selama ini insan yang mendengar segala pahit manis hidupnya adalah Puteri dan bukan gadis ayu di sebelah Haikal sekarang ini tetapi gadis yang hanya duduk diam itu lah yang telah membalas setiap kiriman – kiriman emel di kala dia memerlukan seseorang untuk berada disisinya .
  
“Awak ingat tak saya ada beritahu awak yang kawan saya nama Michael yang suka buli saya masa dekat high school dulu “ tanya Haikal kepada Sofea dengan diikuti senyuman yang manis . “Apa ? Michael mana ni ? Awak tak ada cerita pun “ jawab Sofea selamba . Puteri yang terdengar perbualan itu teringat yang sewaktu masa duhulu Haikal asyik bercerita tentang lelaki itu kepadanya melalui kiriman – kiriman emel . Lelaki itu bukan sahaja satu sekolah tetapi mereka juga berjiran.  “Eh adalah Sofea , kau ingat tak kau ada cerita dekat aku yang Haikal ada beritahu kau dia kene buli teruk dengan Michael masa dia first day masuk sekolah . Dia kene baling dengan sos tomato masa rehat . Takkan kau lupa sedangkan kau yang cerita dekat aku . Apa – apa perkembangan Haikal yang kau tahu kan kau cerita dekat aku ? “ Puteri segera mengaburi mata Haikal kerana bimbang Haikal akan mengesyaki sesuatu jika Sofea tidak tahu hal ini sedangkan Haikal sering bercerita tentang lelaki itu jadi tidak masuk akallah jika Sofea boleh terlupa walaupun sebenarnya Puteri memang tidak pernah memberitahu Sofea tentang perkara ini menyebabkan Sofea hanya terpinga – pinga apabila Haikal mengajukan soalan itu .
  
“Ha kan saya ada cerita dulu , apa lah awak ni . Puteri pula yang ingat sedangkan saya cerita dengan awak. Awak ni banyak sangat termakan semut itu fasal jadi pelupa ni. “ketawa mengiringi kata – kata Haikal sebentar tadi . “Oh saya dah ingat , saya terlupa la awak . Banyak sangat benda yang awak cerita jadi saya dah confused lah “ Sofea segera menjawab dengan senyuman yang kelat apabila mula menyedari yang sebenarnya Haikal menceritakan perkara itu kepada Puteri dan bukan padanya .
Mereka sampai di bangunan yang menjadi mercu tanda dan kebanggaan Malaysia , KLCC . Semasa mereka sedang berjalan untuk menuju ke Suria KLCC , tiba – tiba datang dua orang lelaki yang berpakaian kemas dan segak menuju ke arah mereka sambil tersenyum . Lelaki itu menegur Sofea dan tidak lama kemudian, Sofea meminta diri sebentar dan mengarahkan Puteri dan Haikal supaya menunggunya sebentar sementara dia berbual  dengan dua orang lelaki itu .

  “Eh itu siapa ? Takkan Puteri tak kenal ? Kawan Sofea mesti kawan Puteri juga kan ? “ Tanya Haikal kepada Puteri . “Entah . Puteri tak kenal pula . Kawan Sofea kot . Mungkin ini kawan Sofea yang Puteri tak kenal kot . “jawab Puteri . “Hmm , Sofea cakap dia tak ada kawan lelaki selain Haikal tapi nampak macam tak sama je macam apa yang dia emel dekat Haikal . “ suara Haikal sedikit bergetar . “Oh ini mungkin dia baru kenal . Haikal ni tak baik buruk sangka dekat Sofea . “ Puteri cuba sedaya upaya menutup kebohongan terhadap Haikal kerana memang benar Sofea bukan seperti yang Haikal kenal selama ini kerana Sofea yang Haikal kenal sebelum ini adalah Puteri yang berada disisi dia sekarang dan bukan gadis yang sedang asyik bergelak ketawa di sana bersama lelaki lain . Gadis yang berada disisi Haikal saat inilah yang selama ini setia mencurahkan kasih sayangnya tanpa memandang lelaki lain . Bagi Puteri mempunyai Haikal seorang sudah cukup menyempurnakan hari – harinya dan tidak seperti Sofea yang memang terkenal dalam kalangan lelaki – lelaki sejak di bangku sekolah Menengah lagi jadi tidak hairanlah jika di tengah tengah Bandar seperti ini Sofea terserempak dengan ‘stok’ kawan lelakinya .

Sedang mereka berjalan – jalan di dalam pusat membeli belah tersebut , Puteri mengajak mereka memasuki kedai buku MPH kerana Puteri sememangnya gemar membaca dan itu merupakan hobinya selain menghabiskan masa mendengar muzik – muzik kegemarannya .  Haikal dan Puteri sedang asyik membelek buku – buku manakala Sofea menunjukkan muka bosanyan kerana dia sangat tidak berminat membaca.
Haikal mengambil sebuah buku yang bertajuk ‘Send Me A Lover ‘ karya Carol Mason dan ditunjukkan kepada Sofea sambil tersenyum – senyum seperti kerang busuk . Sofea hanya membalas senyuman Haikal seperti terpaksa sahaja . Haikal berasa pelik kerana buku ini merupakan salah sebuah buku yang pernah mereka sama – sama bincangkan pada ketika mereka saling membalas emel dan mereka bersetuju yang buku ini sangat menarik tetapi Haikal begitu hairan mengapa Sofea tidak teruja sepertimana dia teruja apabila melihat buku tersebut dan sebaliknya . . .  “Eh buku ni best kan ? Sedih sangat . “ tiba – tiba suara Puteri kedengaran apabila melihat Haikal memegang buku tersebut . Haikal berasa hairan mengapa Puteri tahu tentang buku ini tetapi Sofea tidak pula menunjukkan sebarang reaksi yang menampakkan dia tahu tentang buku tersebut . Perasaan itu dibuang ketepi dan dia tidak sepatutnya berfikir panjang tentang perkara ini kerana gadis yang selama ini mejadi insan yang sentiasa berada disisinya kini di depan matanya dan dia tidak perlu melayan perasaan syak ini .

Semasa dalam perjalanan pulang setelah selesai bersiar – siar di ibu kota , radio Era memainkan lagu Can’t Live Without You nyanyian merdu Mariah Carey dan sebenarnya lagu itu merupakan lagu kegemaran Haikal dan dia pernah memberitahu hal ini pada kiriman emelnya dan dia menyatakan lagu tersebut berkait rapat dengan hidupnya . Tiba – tiba Haikal mengimbas kembali emel – emel yang pernah dihantar kepada gadis kesayangannya itu .

Awak , tahu tak lagu Can’t Live Without You by Mariah Carey ? Lagu tu sweet sangat .
Saya nak awak dengar lagu tu . Saya tujukan lagu tu untuk awak tau . Saya memang
tak boleh hidup tanpa awak . Saya sayang awak, sayang sangat . Awak
menyempurnakan hidup saya . Terima kasih CINTA J

Haikal menghantar emel tersebut kepada Puteri dan dibalas oleh Puteri dengan kata – kata yang indah juga .

Oh lagu tu macam pernah dengar . Nanti saya dengar ya . Lagipun takkan saya tak
dengar kalau orang yang saya sayang ni tujukan untuk saya . Mesti dengar . Saya pun
sayangkan awak , percayalah sayang saya tak pernah sedikitpun berkurang untuk awak .
Terima kasih SAYANG J
                                                                                                                                                                                      
Haikal yang asyik mengimbas kata – kata manis itu memandang wajah Sofea yang sedang menumpukan perhatian terhadap pemanduan. Haikal tersenyum manis kerana dia pasti Sofea akan teringat kepada lagu yang pernah menjadi lambang cinta mereka berdua . Malangnya , Sofea tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap lagu yang sedang merdu berkumandang itu dan kemudian Haikal pula terkejut dengan reaksi Puteri .
  “ I can’t live if living is without you . I can’t give .. I can’t give anymore .. “ suara Puteri kedengaran seiringan dengan lagu yang sedang mengisi ruang kereta Toyota Vios itu . Puteri tidak sedar yang sebenarnya suara dia dapat didengari oleh Haikal kerana dia merasakan suaranya agak lembut dan mungkin tidak dapat sampai hingga ke ruangan telinga Haikal . Perasaan syak Haikal kembali bertandang apabila Puteri yang menyanyikan lagu itu dan Sofea hanya diam seperti lagu itu tidak memberi sebarang makna kepadanya sedangkan Haikal berada disebelahnya ketika ini . Setidak – tidaknya Sofea memandang Haikal dan mungkin memberi sebaris senyuman kepadanya sudah memadai kerana mungkin Sofea segan untuk membangkitkan kenangan manis mereka itu tapi bukan sekadar senyuman malahan Sofea tidak memandang ke arah Haikal semasa lagu itu dimainkan .

 “Apa semua ini ? Kenapa aku tidak merasakan kasih sayang yang aku semai sejak 10 tahun yang lalu semasa berada disisi dia ? Kenapa ? Bukankah aku dan dia yang selama ini mengungkap kata – kata cinta tapi mengapa semua bagai sudah hilang di ingatannya ? Dimana Sofea yang selama ini aku rindui ? Mengapa Sofea yang didepan mataku ini sangat berbeza dengan yang selama ini membalas emel – emel aku ? Dan mengapa Puteri yang sering tahu segalanya dan bukan Sofea ? “ persoalan itu dibiarkan oleh Haikal terpendam di hatinya dan dia merasakan mungkin fitrah manusia lupa dengan apa yang pernah terjadi dan mungkin segala reaksi Puteri itu hanyalah kebetulan .
Sepanjang perjalanan pulang itu sebenarnya Haikal cuba mencari jawapan yang tidak pernah dia temui . Sampai sahaja di perkarangan rumah , Puteri membuka pintu kereta dan terus beredar tanpa mengucapkan sebarang kata – kata .

  “Awak tidur mana malam ni ? Hotel ? “ Sofea menyusun pertanyaan kepada Haikal . “Ya tidur hotel rasanya . Mama dah tempah hotel dekat dekat sini . Saya yang suruh supaya senang saya nak jumpa awak .” balas Haikal . Perbualan mereka tiba – tiba dikejutkan dengan nada dering telefon bimbit Sofea . “Hello . Oh awak Amir . Ada apa telefon malam – malam ni ? Saya tengah sibuk ni telefon nanti ya ? “ Sofea memutuskan talian kerana berasa tidak selesa apabila Haikal berada di sebelahnya . “Siapa ? Amir ? “ Tanya Haikal . “ Ya , kawan saya . Dah lama juga lah kawan dengan dia . Selalu juga dia telefon cerita masalah – masalah dia . “ Sofea mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Haikal sedangkan Amir itu merupakan bekas teman lelakinya yang baru diputuskan 2 hari yang lalu . Takkan pula dia hendak memberikan jawapan yang jujur kepada Haikal sedangkan dia sedang cuba memikat hati jejaka itu supaya menjadi teman lelakinya yang entah ke berapa . “Bukan awak tak ada kawan lelaki ? “ Haikal jujur bertanya kepada Sofea . “ Mana ada , saya ada ramai kawan lelaki tapi semuanya kawan lah kawan biasa lain lah macam si Puteri tu dia memang tak ada kawan lelaki kalau lelaki nak kawan pun dia tak sudi “ jelas Sofea kepada Haikal tanpa menyedari jawapannya itu bakal menjerat dirinya sendiri .

Puteri yang berada di halaman rumahnya hanya melihat Sofea dan Haikal bersembang di dalam kereta Toyota Vios itu . Betapa pedihnya hati dia saat itu memikirkan mengapa bukan dia lah yang berada disisi Haikal saat ini dan mengapa harus Sofea ? “Bodohnya aku ini , memang selayaknya dia yang bernama Sofea disisi Haikal dan bukanlah aku . Memang yang selama ini membalas kirimanmu itu Sofea tetapi diri inilah sebenarnya yang setia menemanimu , Haikal . Bukalah matamu Haikal dan sedarlah aku disini sentiasa menunggumu .” kata – kata itu tidak memberi sebarang perubahan jika hanya tersemat didalam hati si Puteri .
Malam itu tidur Haikal ditemani seribu satu soalan yang dia sendiri tidak pernah terfikir jawapan apa bakal dia temui . Mungkinkah Sofea memang sudah lupa tentang semua itu dan semua reaksi yang ditunjukkan oleh Puteri sememangnya kebetulan semata – mata atau gadis yang menemaninya selama ini adalah Puteri ?
“ Manakan mungkin perkenalan yang dijalin sejak kecil itu dikhianati oleh mereka ? Sanggupkah mereka menipu aku ? Apa sebab mereka berbuat demikian ? Adakah mata aku telah dikaburi dengan kecantikan yang dimiliki oleh Sofea hingga aku tidak dapat melihat kesuciaan cinta itu dimata Puteri ? Jika benar gadis yang selama ini yang menjadi penyeri hidup ini adalah Puteri , cinta ini bukan untuk Sofea tetapi Puteri lah yang selayaknya menerima cinta aku ini . “  hati Haikal mula ligat mengemukakan soalan – soalan yang tidak dapat dijawab oleh Haikal sendiri .

Hari kedua Haikal berada di Malaysia tidak membuatkan Haikal bersemangat kerana dia tidak merasakan kebahagiaan yang seharusnya dirasakan walaupun sudah berjumpa pujaan hatinya yang seorang itu . Segalanya serba tidak kene dan seperti ada sesuatu di sebalik semua ini dan seperti ada sesuatu kebenaran yang perlu dihadapinya . Adakah perlu kebenaran ini dihadapinya sekarang ? Sanggupkah Haikal menerima segalanya ? Perlukah Haikal sendiri yang mencari jalan untuk segala ini terbongkar ?

Awal pagi lagi , keluarga Haikal sudah sampai di perkarangan rumah Sofea kerana hari ini mereka semua merancang untuk ke Air Terjun Ulu Yam yang berada di Selayang . Keluarga Puteri juga turut serta dalam piknik yang dirancang oleh bapa Sofea ini . Keakraban di antara tiga keluarga ini tidak dapat dinafikan lagi sejak 10 tahun yang lalu . Jarak yang memisahkan mereka tidak pernah menjadi satu penghalang kepada hubungan yang telah terjalin sekian lama ini . Mereka bergerak menuju ke kawasan air terjun itu dengan membawa sedikit makanan yang telah disediakan oleh keluarga Puteri . Puteri yang telah bangun seawal 5 pagi dan menyiapkan hidangan nasi lemak yang dibawa bersama untuk dinikmati oleh mereka semua . Puteri memang seorang gadis yang rajin dan tidak dinafikan ramai juga anak teruna yang berminat dengannya tetapi apakan daya hati gadis ini tidak pernah berubah dan tetap setia pada Haikal seorang .
Haikal , Sofea dan Puteri menaiki kereta yang sama semasa menuju ke destinasi pikinik mereka kerana ibu bapa mereka ingin menaiki satu kereta yang sama. Mungkin banyak yang ingin dibualkan , maklumlah sudah lama tidak bersua muka . Haikal yang seperti semalam duduk di hadapan dan Puteri duduk di belakang manakala Sofea lebih selesa memandu keretanya sendiri . Puteri memandang ke arah luar tingkap dan teringatkan peristiwa semalam .

Malam tadi , selepas selesai bersembang di dalam kereta , Sofea sempat singgah ke rumah Puteri sebentar dan bercerita kepada Puteri tentang Haikal dan sepertinya gadis itu telah tertarik pada jejaka tampan itu . Puteri tahu walaupun gadis itu belum melafazkan kata keramat yang satu itu kepada Haikal tetapi jauh di sudut hatinya sudah berputik rasa cinta . Puteri hanya dapat memendam perasaan ini kerana dia tahu mustahil untuk dia mendapatkan cinta Haikal . Mungkin sudah menjadi ketentuan Allah, yang harus memiliki Haikal bukanlah dia tetapi Sofea dan sebagai seorang manusia biasa , siapalah dia untuk menolak takdir ini .

  “ Sofea , tidak ada apa – apa yang istimewa yang awak nak buat malam ni ? “ pertanyaan itu meluncur keluar dari mulut Haikal . “ Istimewa ? apa maksud awak ? “ Sofea menjawab dengan nada yang bingung . “Esok saya dah nak balik Australia kan , mana tahu awak ada nak buat party ke untuk saya . “ jawab Haikal . “Awak nak balik esok ? Awalnya . Kenapa awal sangat ni ? Tak beritahu pun . “ Sofea seperti agak sedih dengan berita itu . “ Saya tak beritahu ? Yang saya beritahu dekat emel tu apa ? Bukan saya dah beritahu yang saya datang Malaysia ni 3 hari 2 malam . Kalau saya tak beritahu awak jadi saya beritahu pada siapa ya ? Puteri ke ? Tapi rasaya saya hantar emel pada perempuan yang bernama Sofea . “ Haikal cuba menduga Sofea . “ Errr oh aaaaawak ada cakap ye ? Saya lupa kot maklumlah saya ni memang pelupa . “ Sofea menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana hampir  sahaja rahsia yang selama ini tersimpan rapi terbongkar sebentar tadi . Puteri sedikit tersentak apabila Haikal berkata begitu tetapi dia cuba untuk tidak menampakkan sebarang kegelisahan kerana khuatir perkara ini akan dapat dihidu oleh Haikal . Haikal yang mendengar jawapan daripada Sofea hanya mampu berdiam walaupun kini dia sudah seperti dapat mengagak apa yang sedang berlaku tetapi dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertanya sendiri kepada Puteri .

Sampai sahaja di kawasan air terjun , mereka menyediakan tempat untuk mereka berehat dan makan .  Semasa semua sedang sibuk , Haikal memandang wajah Puteri , walaupun dia tidak secantik Sofea tetapi dia memiliki wajah yang manis dan sedap mata memandang . Haikal mula berfikir adakah benar Puteri  gadis yang selama ini yang telah menjadi tempat untuk Haikal berkongsi segala pahit getir hidupnya . Puteri yang tadi asyik melakukan kerja memandang wajah Haikal sekilas kerana terasa seperti ada seseorang yang sedang memerhatikannya . Mata mereka bertemu dan saat itu mereka merasakan sesuatu perasaan yang jarang sekali mereka alami . Pandangan itu begitu tenang dan lama juga mereka bertentang mata . Sofea yang menyedari keadaan itu tiba – tiba menepuk bahu Puteri , Puteri seperti hendak terjatuh kerana terkejut dangan sergahan Sofea mujur Haikal sempat memaut tangan Puteri . Apabila tangan Haikal menyentuh tangannya dia dapat merasakan degupan jantungnya berdegup kencang , dan Haikal juga merasakan perkara yang sama . Inikah yang dinamakan cinta ? Haikal  cepat- cepat melepaskan tangan Puteri apabila menyedari lama juga sudah dia memaut tangan lembut itu .

Sofea berasa tidak keruan dengan apa yang terjadi . Dia menarik tangan Puteri dan membawanya jauh dari ahli keluarga yang lain . “Eh kau buat apa dengan Haikal ? Kau tolong jangan cakap dengan aku kau suka dia . Kau ingat eh aku dah cakap kalau dia handsome aku punya kan . Kau tak nampak ke aku dah mula suka dekat dia ? “ Sofea cuba menerangkan kepada Puteri . “Kau tak rasa ke benda ni salah Sofea ? Kau tak rasa ke yang Haikal akan kecewa kalau dia tahu kita tipu dia ? “ jelas Puteri kepada Sofea . “Benda ni tak akan terbongkar kalau kita berdua senyap kan ? Kalau kau tak beritahu dia kau lah selama ini yang balas emel – emel dia tentu dia tak tahu kan ? Tentu dia fikir tu aku kan ,Puteri ? Walaupun aku tak pernah terus terang dekat dia aku sayang dia tapi aku dah mula sayang dia Puteri . Kau tolong jangan nak hancurkan hati aku . Aku merayu pada kau Puteri . “ Sofea sudah hampir menitiskan air mata saat meluahka segalanya kepada Puteri . “Baiklah Sofea , aku tidak akan beritahu tentang rahsia ini . Aku tahu kau sayang dia dan aku juga tahu dia sayang kau dan bukanlah aku yang layak menerima cinta dia . “ Puteri berlalu selepas menghabiskan kata- katanya .

Tanpa mereka sedari , ternyata segala perbualan itu didengari oleh Haikal . Haikal terasa seperti ada batu besar yang sedang menghempas dirinya . Kenyataan ini tidak mudah untuk diterima oleh Haikal tetapi dia yakin perkara ini perlu diselesaikan secara baik dan bertindak dengan marah bukanlah sesuatu yang dapat menyelesaikan masalah ini namun hanya akan lebih merumitkan keadaan . Dia yakin perkara ini terjadi tentu ada hikmahnya .

Selesai piknik mereka berkemas dan pulang . Di dalam kereta , Haikal menukar tempat dengan Puteri ,dia meminta untuk duduk dibelakang dan mengarahkan Puteri untuk duduk dihadapan kerana dia seperti sudah tidak termampu untuk duduk bersama gadis yang sebenarnya bukanlah gadis yang dia cintai selama ini . “ Haikal kenapa ni ? Penat sangat ke ? “ Sofea bertanya untuk menunjukkan keprihatinannya terhadap Haikal . Namun lelaki itu hanya menjawab “hmm.” “Esok flight pukul berapa ? Biar Sofea ikut sekali hantar Haikal ke airport , boleh kan ? “ Sofea masih cuba menarik perhatian Haikal yang nampak tiada mood sejak dari tadi . “Pukul 5.30 , kalau tak hantar pun Haikal tak kisah .“ Haikal menjawab dengan nada terpaksa . Puteri hanya diam dan terus diam walaupun jauh di sudut hatinya dia tertanya – tanya kenapa Haikal berubah mood ? Ada sesuatu yang menganggu  dirinya ? Namun persoalan itu dibiarkan terus terpendam kerana tidak mungkin di hadapan Sofea dia bertanya sebegitu .

Malam itu , keluarga Haikal singgah sebentar ke rumah Puteri untuk solat maghrib sebelum pulang ke hotel . Selesai mendirikan solat , Haikal terus mencari Puteri . “Puteri , nanti aku nak jumpa kau sekejap . Aku tunggu dekat depan tu , tepi kolam ikan tu . “ Haikal terus berlalu pergi selepas memberitahu Puteri yang sedang membancuh air kopi di dapur untuk dihidangkan kepada ibu bapa Haikal . Puteri tertanya – tanya megapa Haikal ingin berjumpa dengannya . Dia mula berasa tidak sedap hati pula .
Haikal sudah lama menunggu di tepi kolam ikan dan banyak perkara yang perlu diberi penjelasan yang jelas oleh Puteri kepadanya kerana dia tidak ingin pulang ke Australia dalam keadaan masih ditipu . Malam ini dia nekad untuk menyingkap kebenaran . Puteri perlahan – lahan berjalan menuju ke arah Haikal . Dia berdiri di sisi Haikal yang masih merenung ke arah ikan belaannya itu .

  “Kau tahu tak Puteri aku ajak ayah aku balik Malaysia ni sebab apa ? “ Haikal memulakan bicara . “Mana aku tahu kenapa .” Puteri tidak berani memandang wajah Haikal kerana dia perlu elak rasa cinta ini daripada bertambah kerana dia seperti sudah menyerahkan lelaki itu kepada Sofea . “Aku balik ni aku nak jumpa perempuan yang balas semua emel- emel aku masa aku ada dekat Australia , perempuan yang selama 10 tahun cakap dia setia dekat aku seorang , perempuan yang aku sayang , perempuan yang aku tak pernah teragak – agak untuk lafazkan kata cinta untuk dia . Tapi kenapa aku macam tak jumpa perempuan tu ? “ Haikal memberhentikan kata – katanya . “Tak jumpa ? Apa maksud kau ? Habis Sofea tu bukan Sofea yang balas semua emel- emel kau ? “ Puteri pura – pura tidak mengerti sedangkan dia sedang bermain dengan perasaannya sendiri . Kalau boleh ingin sahaja dia memberitahu dialah gadis yang dicari oleh Haikal . “Puteri , kau pandang muka aku , pandang mata aku . Jujur cakap dekat aku yang memang bukan kau yang selama ini balas emel – emel aku . Pandang mata aku ! “ Haikal seakan – akan menarik wajah Puteri untuk memandang mukanya tetapi Puteri menolak tangannya . “Memang bukan aku , itu Sofea . Kenapa pula aku kene pandang kau dan cakap jujur apa semua ? Tak perlu sebab memang terbukti itu Sofea “ suara Puteri sedikit tersekat – sekat kerana saat ini hanya Allah yang mengerti perasaannya . “Awak , tolong jangan buat saya macam ni . Kalau awak gadis yang selama ini ada dekat sisi saya kenapa awak tak nak mengaku ? Kenapa awak perlu mengelak ? Saya dengar perbualan awak dengan Sofea semalam dan saya dah tahu semuanya . Tapi kenapa susah untuk awak mengaku ? Puas hati awak tipu saya ? Awak suka saya terseksa macam ni ? “ Haikal memandang Puteri dengan mata yang berkaca . Perkataan ‘awak’ yang keluar dari mulut Haikal membuatkan Puteri tersentuh . Dia perlahan – lahan mengalihkan wajahnya dan memandang tepat ke mata Haikal . “Awak pandang mata saya . Awak nampak tak keikhlasan dekat mata saya ? Awak nampak tak ? Awak tak mungkin nampak sebab dah terbukti Haikal mata awak dikaburi dengan keindahan dunia . Mata awak hanya nampak dia yang lawa dan bukan saya yang selama ini cintakan awak . Awak ingat tak awak ada hantar emel pada saya dan cakap awak akan cam saya walaupun kita tak jumpa 10 tahun ? Awak ingat tak awak cakap hati kita selalu dekat walaupun kita jauh . Masa hari pertama awak sampai sini , awak cuma berjalan melepasi saya dan terus ke Sofea . Siapa yang seksa siapa sekarang ni ? Saya tak pernah berniat nak tipu awak tapi lepas apa yang berlaku membuatkan saya sedar manusia hanya pandang pada rupa dan bukan keikhkasan hati. “ Puteri mengucapkan kata – kata itu sambil menderu airmatanya jatuh membasahi pipinya . “ Tapi cinta ini salah , cinta ini bukan untuk Sofea . Cinta ini milik awak Puteri milik awak! Mungkin memang salah saya sebab tak nampak yang awaklah gadis yang selama ini yang saya sayang tetapi sekarang saya dan sedar dan saya nak kita mulakan semua ini semula . Kita pergi panggil Sofea dan terus terang dengan dia yang saya sayangkan awak bukan dia dan dia mesti terima kenyataan itu . “ Haikal menarik tangan Puteri supaya pergi mendapatkan Sofea . Puteri enggan dan memberhentikan Haikal . “Dah terlambat Haikal , dah terlambat . Semuanya dah terlambat . Dia dah sayangkan awak dan tak mungkin saya terima awak . Awak terimalah cinta dia , dia sayangkan awak dan mungkin awak memang tercipta untuk dia . “ Puteri mengesat air matanya . “Kenapa dengan awak ni ? Awak dah gila ke ? Apa awak merepek ni ? Awak tak sayangkan saya ? “ Bertubi – tubi soalan yang keluar dari mulut Haikal . “ Tak , saya tak sayangkan awak lagi . Mungkin suatu masa dulu saya sayangkan awak tapi bukan hari ini . “ selamba Puteri menjawab .  Sedangkan dia sedang menipu Haikal dan menipu dirinya sendiri kerana dia tidak ingin persahabatan yang terjalin antara dia dan Sofea harus berakhir disebabkan Haikal . Mungkin ini dapat membuatkan Haikal melupakan cintanya terhadap Puteri dan mula belajar mencintai Sofea . Puteri meninggalkan Haikal seorang diri di tepi kolam ikan itu kerana sudah tidak tertanggung rasa pedih di hatinya .

Malam itu Puteri tidak dapat melenakan dirinya kerana perkara ini begitu menyiksa jiwa dan raganya . Dia tidak dapat membuat keputusan yang mana perlu diutamakan ? Sama ada cintanya yang mendalam terhadap Haikal atau persahabatan yang sudah lama terjalin antara dia dan Sofea ? Tetapi mengapa dia pula yang harus dipersalahkan sedangkan dia yang terlebih dahulu menyulam cinta bersama Haikal , sedangkan Sofea baru sebentar singgah dan hadir disisi Haikal dan Haikal pula sudah menunjukkan perasaan sayangnya pada Puteri tapi Puteri masih tidak dapat memberikan jawapan sama ada dia perlu menyambut cinta yang dihulur ikhlas oleh Haikal. Dirinya diburu rasa bersalah .
Pagi itu , Puteri lihat pada telefon bimbitnya tertera 5 panggilan daripada Haikal yang dibiarkan tidak terjawab . Seketika kemudian , 1 pesanan ringkas diterimanya .

Kenapa awak tak jawab panggilan saya ? Sekurang – kurangnya beri saya
peluang dengar suara awak sebelum saya balik Australia . Mungkin awak dah
tak sudi nak jumpa atau dengar suara saya , tapi percayalah walau sejauh
mana awak cuba lari semakin laju saya mengejar awak sebab dalam hati
ini saya hiaskan satu tempat yang indah untuk awak isi sebagai suri .
Love , Haikal . Assalamualaikum .

Menitis air mata Puteri tatkala membaca mesej yang diberi oleh Haikal kepadanya kerana bukan kisah cinta seperti ini yang diharapkan olehnya tetapi mengapa dugaan ini amat besar untuk dia tempuhi . Jangankan menghantar Haikal ke Lapangan Terbang KLIA malah membalas mesej yang sebentar tadi dihantar oleh Haikal pun Puteri tak mampu lakukan . Tetapi dia ingin sahaja meluahkan perasaan cinta ini agar Haikal tahu perasaan sayang ini tak pernah pudar dan hanya tulus untuk dia seorang .
Haikal masih diam seribu bahasa semasa di dalam kereta menuju ke KLIA , dia masih memerhatikan telefon bimbitnya di kala itu menunggu kalau – kalau Puteri akan membalas mesejnya atau menelefonnya . Haikal sekeluarga bertolak setelah keluarga Sofea dan ibu bapa Puteri sampai di hotel penginapan mereka . Dia mengharapkan Puteri bersama mereka tetapi malang apabila dijenguk tiada kelibat Puteri hanya Sofea yang kelihatan . Bukan gadis itu yang ditunggunya tetapi Puteri lah insan yang berlegar di kotak fikirannya ketika  ini . Sampai di KLIA , Sofea pantas memaut lengan Haikal dan memberikan senyuman yang manis tetapi dengan pantas Haikal menarik lengannya semula kerana dia tidak selesa diperlakukan seperti itu. Sofea terkejut dengan perbuatan Haikal . Sofea dapat rasakan yang Haikal seperti menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya . Dia pantas menarik Haikal jauh sedikir daripada ahli keluarga yang lain .

   “Ada apa yang tak kene dengan awak ni ? Dari semalam kita balik daripada piknik awak berubah tak nak layan saya ? Apa salah saya ? “ soal Sofea ingin mendapatkan penjelasan dari Haikal
  “ Ada apa – apa yang awak perlu beritahu saya sebelum saya balik ni ? Cuba awak fikir betul – betul memang tak ada apa – apa yang awak perlu beritahu saya ? Apa – apa rahsia ? “ Haikal menjawab dengan mengajukan soalan semula kepada Sofea kerana dia tidak mahu berterus terang kepada Sofea dan dia ingin Sofea sendiri menyedari kesilapan itu .
   “Apa maksud awak ? Oh , saya dah faham sekarang ni . Jadi awak dah tahu ? Siapa yang beritahu awak ? Puteri ? Pandai juga perempuan tu . Jadi awak nak salahkan saya dalam hal ini ? “ Sofea menjawab dengan nada yang tinggi .
  “Saya tak ada niat nak salahkan awak dalam hal ini Cuma saya nak awak tahu cinta ni tak betul . Saya tak boleh cintakan awak . Cinta saya ini hak Puteri dan memang dia yang paling berhak dapat cinta saya ini dan apa yang saya nak awak buat adalah terima hakikat yang semua ini salah faham . “ Haikal cuba menerangkan kepada Sofea agar dia mengerti .
  “Kalau saya tak nak faham ? Kalau saya cakap saya dah mula sukakan awak dan tak nak lepaskan awak macam mana ? “ Sofea pantas menjawab .
  “Terpulang pada awak , kalau awak nak hidup macam tu . Kalau awak nak seksa hidup awak mencintai seseorang yang cintakan orang lain . Saya tahu awak cantik dan cinta saya telah dikaburi dengan kecantikan awak sampai saya tak nampak keikhlasan di mata Puteri . Saya harap awak faham . “ Haikal sekali lagi memberitahu Sofea agar dia faham situasi ini .
  “Baguslah perempuan tu dapat yakinkan awak sampai awak nak tinggalkan saya kan ? Memang hebat perempuan tu . “ Sofea menjawab dengan nada seperti menyindir Puteri .
 “ Dia tak salah hal ini dan tak perlu awak nak salahkan dia , saya yang perlu awak persalahkan . Bukan dia yang beritahu saya perkara sebenar tetapi saya sendiri rasa curiga bila awak seperti tak pernah tahu apa – apa yang pernah saya ceritakan dalam kiriman – kiriman emel saya sebaliknya Puteri yang lebih mengetahui , dan secara tidak sengaja saya dengar perbualan awak dengan Puteri semalam . Saya dah pun berterus – terang perasaan saya dekat dia tapi dia tak terima saya dan minta saya cintakan awak demi menjaga persahabatan awak dengan dia tapi sayangnya saya sendiri tak dapat nak tipu diri saya sendiri . Saya cintakan perempuan yang membalas emel saya dan orang itu Puteri bukannya awak . “ panjang lebar penjelasan Haikal. 

Sofea menitiskan airmatanya kerana dia kini sedar tiada guna dia menaruh harapan pada lelaki yang tidak mencintai dia . Dia juga tersentuh apabila mengetahui Puteri sanggup melepaskan cintanya demi persahabatan mereka . Tidak pernah dia menduga persahabatan ini dijaga sebaiknya oleh Puteri sehingga dia sanggup terseksa demi melihat kebahagiaan sahabatnya ini . Sofea menarik tangan Haikal dan berlari menuju ke arah kereta . Haikal kebingungan dan Sofea dengan pantas menyuruh Haikal masuk ke dalam kereta .
  
“Masuk cepat . Aku bawa kau jumpa Puteri , takkan nak balik macam ni je . Kalau kau betul sayangkan dia pergi kejar cinta kau . Cepat aku bawa kau jumpa Puteri . “ pantas Sofea menghidupkan enjin Toyota Viosnya . Haikal yang masih bingung melangkah masuk sahaja ke dalam kereta dengan pantas .
Sampai di hadapan rumah Puteri , Haikal keluar dan menuju ke pintu pagar rumah Puteri . Jantungnya berdegup pantas saat ini . Dia menekan loceng supaya Puteri keluar . Beberapa kali loceng ditekan . Tiba – tiba Puteri membuka pintu dan apabila tersedar yang berada di hadapannya sekarang adalah Haikal dia pantas menutupnya semula .

  “Puteri buka pintu ini  , Haikal nak cakap . Puteri  , Sofea dah tahu semuanya dan dia dah restu cinta kita . Dia boleh terima hakikat yang cinta Haikal bukan untuk dia tetapi untuk Puteri . Puteri bukalah pintu ini . Puteri tak sudi terima cinta Haikal ? “ Haikal pasti yang Puteri mendengar segala – galanya disebalik pintu itu .
Air mata Puteri sudah membasahi pipinya . Dia tidak percaya yang cinta ini masih berpihak padanya . Dia perlahan – lahan membuka pintu dan memberanikan diri memandang tepat ke mata Haikal . Dia melangkah kearah Haikal . Sampai di hadapan Haikal air matanya semakin deras  .  “ I cant live if living is without you . “ bait – bait lirik lagu Mariah Carey yang pernah menjadi lambang cinta mereka diungkapkan Puteri kepada Haikal .
  
“ Haikal pun tak boleh hidup tanpa Puteri disisi . Perhubungan yang terjalin ini lebih indah sekiranya kita akhiri dengan ikatan yang halal . Dengan lafaz Bismilahirrahmanirrahim , Puteri Zulaikha Binti Hashim sudikah awak menjadi suri dalam hidup Mohd Haikal bin Azman ? Hadirnya awak sebagai suri pastinya menyempurnakan hidup saya . “ satu lamaran dengan sebentuk cincin dihulurkan kepada Puteri . Cincin itu sudah dibeli oleh Haikal sebelum dia pulang ke Malaysia kerana memang hajatnya untuk melamar gadis pujaannya itu .“ Puteri Zulaikha Binti Hashim sedia menjadi suri dan menyempurnakan hidup Mohd Haikal bin Azman sepertimana awak menyempurnakan hidup saya “ Puteri menjawab dengan deraian air mata yang tidak putus .

Sofea yang dari tadi hanya memerhatikan mereka berdua . Dia tidak menyesal dengan keputusan ini kerana dia yakin mereka memang telah ditakdirkan untuk bersama dan mungkin suatu hari nanti pasti akan hadir seorang insan yang lebih baik dalam hidupnya .

Kadang – kadang Allah berikan yang indah di depan mata tidak semestinya yang terbaik untuk kita dan yang tidak indah itu juga tidak semestinya bukan yang terbaik untuk kita . “

TAMAT












Saturday 18 February 2012


You expect me to cry over this ? I may not cry but deep inside I am broken , yes Broken .

Thursday 16 February 2012

NO TITLE

Ini adalah sedikit review pasal cerpen yang aku tengah tulis sekarang ni , I got no title yet for this cerpen :) aku post ni untuk FARAHIN AHMAD baca sebenarnya :)

      Perkenalan yang terjalin antara Haikal , Puteri dan Sofea sejak mereka masih kanak – kanak lagi . Malangnya perkenalan itu tidak dapat dijalin dengan jangka masa yang agak lama apabila Haikal perlu mengikut ayahnya yang bertugas di Australia . Keakraban Haikal dan Sofea diharapkan dapat dikekalkan dengan berhubung melalui teknologi kini yang bertambah maju dengan mengirimkan emel tetapi malangnya segala emel – emel yang diterima oleh Haikal bukanlah daripada orang yang diharapkannya . Puteri merupakan insan yang sentiasa menjadi tempat mengadu dan mencurahkan masalah dan melalui kiriman – kiriman emel yang sentiasa menjadi penawar segala lukanya itu Haikal secara tidak langsung menyimpan perasaan terhadap gadis yang tidak pernah jemu membalas emel – emelnya . Sekembalinya Haikal ke tanah air dengan niat berjumpa insan yang sentiasa dirinduinya tetapi adakah dia dapat menerima kenyataan bahawa sebenarnya kiriman – kiriman emel itu bukan daripada Sofea tetapi Puterilah sebenarnya yang selama ini menjadi ‘Puteri’ dalam hidupnya . Siapakah yang bakal menjadi suri di hati Haikal ? Adakah dia akan terbuai dengan keindahan wajah Sofea atau Puteri yang selama ini menjadi peneman hidup kala dia memerlukan seseorang ?
 Love , Izatiatan :)

I AM A NOVELIST WANNABE :)


Assalamualaikum , sebenarnya aku sedang sangat excited dalam menyiapkan cerpen yang belum pun aku beri tajuknya . Aku tiba-tiba terfikir kenapa tidak aku cuba menulis untuk mengisi masa lapang yang aku habiskan dengan hanya buat benda benda yang membosankan . Sebenarnya benda ni bermula bila si NURAINI LIANA ni asyik cakap pasal novel yang dia tengah tulis . So , aku terfikir kenapa aku tak tulis novel kan ? Sebenarnya aku dah pernah cuba dulu nak tulis tapi aku asyik fikir bila novel ni nak siap ? Banyak tu paling sikit pun novel ni kene ada 200++ pages kan ? Aku decided aku nak try tulis cerpen dulu dan dalam masa yang sama aku akan menulis novel juga :) Mungkin nampak mcm aku ni entah apa apa je kan , mampu ke aku nak menulis sehebat Anis Ayuni ? Siti Rosmizah ? Ala mesti lah tak mampu kan ? Baru nak mengada ngada cuba cuba . Sebenarnya dalam  masa yang sama boleh juga mencurahkan perasaan dalam bentuk penulisan kan ? Mungkin juga aku akan jadikan berkarya salah satu daripada hobi aku since aku memang tak ada hobi dari kecil selain MAKAN :) Hihi .

Love , Izatiatan

Wednesday 15 February 2012


"I STILL WAITING FOR MY SUN TO SHINE"

"You can take everything I have , You can break everything I am like I'm made of glass like I'm made of paper "

Saturday 11 February 2012


"Look deep into nature, and you will understand everything better." - Albert Einstein